fb fb fb fb fb

Pengimbas suhu dikeluarkan daripada SOP wajib - Khairy

KUALA LUMPUR, 20 Januari - Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk mengeluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) kawalan COVID-19 di seluruh negara tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata hanya imbasan kod MySejahtera diperlukan setiap kali memasuki mana-mana premis.

Penambahbaikan itu akan dipinda pada mesyuarat kuartet menteri COVID-19 sebelum dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN)

“Kita akan bawa usaha penambahbaikan SOP ini ke mesyuarat MKN, selepas dipinda pada sesi mesyuarat Kuartet (menteri COVID-19) akan datang, pengimbas suhu itu tidak lagi diwajibkan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

 

Media Baharu