fb fb fb fb fb

MCMC tidak terlibat sebarang loteri dan peraduan pemberian hadiah sagu hati

CYBERJAYA, 20 Januari - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak pernah terlibat dalam mana-mana peraduan berkaitan pemberian hadiah membabitkan sebuah syarikat telekomunikasi.

Para pengguna diminta memaklumkan kepada pihak Suruhanjaya sekiranya telah menerima sebarang surat atau pemberitahuan loteri daripada mana-mana e-mel atau syarikat yang mencurigakan.

"Ingin dijelaskan, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan Suruhanjaya kelazimannya akan dilakukan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang ataupun menerusi platform media sosial Suruhanjaya.

"Sebaliknya bukan menggunakan nama individu tertentu serta penggunaan bahasa yang meragukan," menurut kenyataan itu," jelas MCMC dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang awam digesa supaya tidak mudah terpedaya dengan e-mel sedemikian.

"Pada masa yang sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan," tambah kenyataan itu.

Media Baharu