PENDANG, 18 September- Pengunaan kod QR di pusat pemindahan sementara PPS melancarkan proses pendaftaran penduduk terjejas banjir di Kedah.
Menurut Pengarah JKM Kedah Datuk Zulkhairi Zainol Abidin pelakaksanaan kod QR di semua PPS yang dibuka memudahkan penyaluran maklumat dan bentuk bantuan yang disalurkan.
"Jadi ini adalah pendekatan baru yang boleh dilaksanakan di tempat-tempat lain malah kita boleh praktikkan di seluruh negeri Kedah.
"Di semua PPS, semua penduduk terjejas banjir menggunakan kod QR dan proses itu berjalan degan begitu lancar setakat ini,"katanya.
Beliau ditemui di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah.