fb fb fb fb fb

Pengguna mungkin berdepan kenaikan harga ayam selepas TBC - KPDNHEP

JASIN, 7 Januari - Pengguna mungkin berdepan kenaikan harga ayam selepas perayaan Tahun Baharu Cina akan datang.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ia berikutan kenaikan kos pengurusan ternakan itu.

Jelas beliau, satu sesi libat urus telah dilaksana pihaknya bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), serta Persatuan Penternak bagi membincangkan mengenai harga dan bekalan ayam.

"Sebab kerana kita tidak mahu kalau harga itu sukar bagi penternak itu meneruskan keluaran bekalan, mungkin kita bermasalah jadi kita dengar juga keluhan mereka jadi kita tumpu kepada harga dan juga bagaimana harga itu nanti akan memberi kesan kepada keluaran atau bekalan nanti kita tidak mahu kalau kita tekan sangat jadi mereka tak dapat keluarkan, kita ada banyak idea-idea kita akan gunakan itu untuk kita meneruskan bagaimana nakmencari yang terbaik dalam kita menjaga kepentingan pengguna harga tidak terlalu tinggi dinperingkat peruncitan dan juga kita jaga kepentingan penternak sebab mereka yg mengeluarkan ayam dan telur ini", kata Nanta selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai, di sini.

Mengulas lanjut beliau berharap pengguna dapat memahami situasi yang dihadapi penternak berikutan kenaikan kos bagi pengeluaran ayam.

Ketika ini katanya, ayam standard dijual pada harga maksimum RM9.10 sen sekilogram.

Pada lawatan itu KPDNHEP turut menyerahkan sumbangan berbentuk barangan makanan kering serta penyembur air berkuasa tinggi untuk kegunaan pembersihan rumah penduduk terjejas banjir.

 

Media Baharu