KUALA LUMPUR, 3 Mei - Pengguna tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka ketika berada dalam tren.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rani Hisham Samsudin berkata, tren kereta api merupakan kawasan tertutup dan dipenuhi orang ramai
"Meski pun kerajaan mengumumkan kelonggaran SOP bermula pada 1 Mei lalu, namun kita tetap mengamalkan SOP sekiranya berada dalam tren.
"Mereka mesti memakai pelitup muka sepanjang masa, cuma sekarang kelonggaran pengguna tren tidak perlu mengimbas kod QR MySejahtera," katanya kepada RTM.
Rani Hisham berkata, pihaknya sentiasa bersedia memastikan pengguna mematuhi SOP yang ditetapkan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini, memaklumkan pemakaian pelitup muka diwajibkan apabila berada dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing, berkuat kuasa 1 Mei lalu.