fb fb fb fb fb

Penggiat seni budaya disaran peroleh Sijil SKM, iktiraf bakat dan kemahiran

(Nancy menyempurnakan Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Seni Budaya di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 23 Jun- Penggiat seni budaya tempatan disaran untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai satu cara untuk mengiktiraf bakat dan kemahiran mereka.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sijil tersebut merupakan dokumen sokongan yang dapat membantu mereka untuk lebih dikenali dan bersaing di pasaran tempatan.

Ia juga sebagai satu nilai tambah untuk penggiat seni budaya memajukan karier masing-masing walaupun sudah dikenali dan terkenal.

"Tetapi untuk jadi tenaga pengajar ini adalah satu dokumen yang boleh mereka bawa untuk sahkan mereka ini bukan sahaja mempungai bakat tetapi juga dah diiktiraf.

"Jadi Ini salah satu cara kita untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang telah melibatkan diri dalam bidang seni ini dan mempromosikan kemahiran mereka dan saya rasa ia peluang yang terbaik untuk mereka" katanya.

(Nancy Shukri)

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Badan Peneraju Seni Budaya, di sini hari ini.

Seramai 333 orang graduan seni budaya dalam bidang seni tari, teater, muzik dan pengurusan pentas menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dibawah Jabatan Kemajuan dan Kesenian Malaysia (JKKN).

Kesemua graduan telah mengikuti program Persijilan Kemahiran Malaysia Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk melayakkan mereka mendapatkan sijil tersebut.

Turut menerima sijil pada majlis konvokesyen itu beberapa selebriti tempatan seperti Datuk Syafinaz Selamat dan Jaclyn Victor.

Media Baharu