fb fb fb fb fb

MEASAT-3d mampu sedia 10,000 tapak wifi

KUALA LUMPUR, 23 Jun- Dianggarkan 10,000 tapak atau lokasi perkhidmatan wifi mampu disediakan dengan pelancaran Satelit MEASAT-3d awal pagi tadi.

Kemudahan itu dilihat mampu diakses oleh pengguna di negara ini dalam tempoh tiga tahun.

Naib Presiden Kejuruteraan dan Operasi Satelit MEASAT, Zainuddin Abdul berkata ia merupakan satu signifikasi besar buat rakyat Malaysia yang mahukan capaian internet lebih meluas dan pantas, khususnya buat penduduk di luar bandar.

"Dengan 10,000 tapak lokasi pemasangan tersebut kita boleh menyediakan perkhidmatan anggaran 200 juta rakyat Malaysia, yang mana mereka sebelum ini tidak mendapat liputan sama ada daripada 3G atau pun 4G.

"Bagi pelajar-pelajar yang berada di kawasan luar bandar Insya-Allah mereka akan mendapati ini suatu perkara yang ditunggu-tunggu," katanya.

(Zainuddin Abdul)

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu rancangan terbitan RTM di Angkasapuri.

Media Baharu