fb fb fb fb fb

Penggiat industri pelancongan perlu naik taraf perkhidmatan - MITA

KUALA LUMPUR, 5 Februari - Penggiat industri pelancongan perlu menaik taraf kualiti perkhidmatan untuk menarik minat rakyat tempatan melancong dalam negara.

Ia juga bagi memastikan sektor pelancongan domestik lebih berdaya tahan selain mengawal aliran keluar matawang tempatan.


(Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Negara (MITA), Uzaidi Udanis)

Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Negara (MITA), Uzaidi Udanis turut mencadangkan agar harga pakej pelancongan ditawarkan perlu lebih kompetitif, setanding negara jiran.

"Saya harap penggiat-penggiat industri kita tingkatkanlah kualiti, tawarkan harga kompetitif dan saya harap dgn tempat-tempat terutamanya feri, pengeluar feri ke Langkawi itu harus tingkatkanlah kualiti dia, lebihkan lagi frekuensi dan beri satu kesenangan untuk mereka membuat tempahan sebelum ke Langkawi contohnyalah," katanya selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Beliau turut mengulas kenyataan Timbalan Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Tanes Petsuwan berkenaan kemasukan lebih 1.5 juta pelancong Malaysia ke negara itu tahun lalu.



Media Baharu