fb fb fb fb fb

Penggantian percuma Mykad kepada penduduk terjejas banjir - KDN

KLUANG, 28 Januari- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan, Mykad penduduk terjejas banjir yang hilang akan diganti secara percuma.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setiap negeri terlibat untuk berjumpa penduduk bagi mempercepat proses penggantian dokumen peribadi.

Pihaknya juga bersedia mengarahkan aset-aset JPN ibu pejabat bagi membantu mempercepatkan proses penggantian tersebut.

"Ini akan kita gerakkan melalui mobil unit kita dalam inisiatif kita panggil 'Mekar'.

"Kalau tidak cukup di Johor kita akan gerakkan aset daripada ibu pejabat. Ini satu komitmen memudahkan rakyat," katanya.

(Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat situasi banjir daerah Kluang di Balai Polis Kahang, di sini.

Media Baharu