fb fb fb fb fb

500 premis koperasi Ar-Rahnu disasar tahun ini

SELANGOR, 28 Januari - Sektor koperasi mensasarkan penyertaan sebanyak 500 premis berdaftar yang menjalankan perniagaan pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu di seluruh negara tahun ini.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sebanyak 365 premis di bawah gerakan koperasi sudah beroperasi setakat ini dan menjangkakan penambahan sebanyak 135 lagi premis baharu.


(Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah
berucap ketika Majlis Pelancaran Perniagaan Ar-Rahnu dan Kelana Emas)

Tambah beliau, melalui pemerhatian pihaknya mendapati pertumbuhan perniagaan Ar-Rahnu menunjukkan sambutan positif semua pihak termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Jadi sebagai langkah strategi langkah berani koputra mempelbagaikan supaya manfaat perniagaan yang diperolehi koperasi akan dapat dikekalkan disiamping untuk menyumbang kepada peningkatan perolehan gerakkan koperasi dan meningkatkan sumbangan KDNK negara," katanya ketika selepas merasmikan majlis pelancaran Perniagaan Ar-Rahnu dan Kelana Emas di Setia Alam
 
Merupakkan cawangan keempat Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (KOPUTRA) turut dirasmikan Naib Pengerusi Eksekutif SKM, Amran Abd. Kadir dan turut dihadiri Pengerusi KOPUTRA, Zaharuddin Alias.
 

Media Baharu