fb fb fb fb fb

Peruntukan RM10.5 juta, bina tiga pam air dan rumah pam di Mersing

MERSING, 28 Januari- Kerajaan Persekutuan meluluskan serta-merta peruntukan RM10.5 juta bagi membina tiga pam air dan rumah pam di daerah Mersing, Johor.

Langkah itu bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di daerah itu.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa melakukan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Politeknik Mersing.

Setiap pam bernilai RM3.5 juta dan menggunakan peruntukan sedia ada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan akan diselaraskan beliau sendiri bersama Kerajaan Johor dan Jurutera Kanan Daerah Mersing serta agensi-agensi berkaitan.

"Bila diluluskan dengan segera maka sebut harga atau tender secara selektif akan dilakukan dan saya harapkan bahawa pihak kerajaan negeri dan pentadbiran daerah dapat menyegerakan kelulusan peruntukan yang telah saya umumkan tadi," katanya.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat PPS di Politeknik Mersing.

Media Baharu