fb fb fb fb fb

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu tidak minat bertanding kerusi Parlimen PRU15

KEMAMAN, 15 Oktober- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said tidak berminat untuk bertanding di mana-mana kerusi parlimen pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kijal itu berkata, beliau mahu kekal bertanding di kerusi DUN berikutan misinya untuk membangunkan negeri Terengganu yang belum diselesaikannya.


(Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said)

Bagaimanapun, bekas menteri besar Terengganu itu tidak menolak dan akan terus mengekalkan kerusinya di DUN Kijal dan beliau membayangkan berhasrat mahu kembali menjadi menteri besar sekiranya dipersetujui pucuk pimpinan serta perlu mendapat perkenan Sultan Terengganu.

"Saya masih mahu kekal dalam negeri, peringkat dun, dan beri tumpuan buat pemilihan itu saya tidak tahu. itu keputusan presiden parti, kepimpinan dan juga Tuanku, itu hak Tuanku. Kita banyak nama, yang menang ada enam nama, sebab satu yang kedua tiga empat lima lagi enam ..bagi yang kalah terima jelah cadangan kita lima nama," katanya.

Menurut Ahmad Said, pihaknya yakin akan menawan sekurang-kurangnya empat daripada lapan kerusi parlimen yang ditandingi pada PRU15 yang akan tiba.

Ahmad Said berkata, beliau juga menyerahkan 42 nama calom Parlimen kepada lima pemimpinan tertinggi UMNO atau ‘Top 5’ untuk penelitian pada Khamis lalu.


Media Baharu