fb fb fb fb fb

Kumpulan Koir Church Of The Blessed Sacrament Labuan dinobat johan peringkat Labuan

LABUAN, 15 Oktober- Kumpulan Koir daripada Church Of The Blessed Sacrament Labuan muncul johan dalam pertandingan Koir Perpaduan peringkat Labuan anjuran Jabatan
Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Pasukan itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, serta piala dan sijil.


(Kumpulan Koir Church Of The Blessed Sacrament Labuan dinobat johan peringkat Labuan)

Sekaligus akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan yang dijangka akan berlangung pada 29 hingga 30 Oktober ini di Kuala Lumpur.

Naib juara disandang oleh pasukan daripada SMK Labuan, manakala tempat ketiga dirangkul oleh pasukan koir Kolej Matrikulasi Labuan.

Kedua-dua pasukan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai masing-masing RM3,500 dan RM2,500, serta piala dan sijil.

Majlis perasmian pertandingan itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail yang mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias.

Hadir sama, Pengarah JPNIN Labuan Esther Dingkawan.

Sebanyak tujuh pasukan menyertai pertandingan itu yang berlangsung di Anjung Budaya Taman Damai Perbadanan Labuan.

Pertandingan koir itu bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

Media Baharu