fb fb fb fb fb

Pengendali MNO diminta tidak kenakan caj perkhidmatan 5G

Foto Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 5 November- Kerajaan meminta agar pengendali rangkaian mudah alih (MNO) tidak akan mengenakan caj tambahan bagi perkhidmatan 5G.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata keputusan mengenainya akan cuba diselesaikan dalam tempoh terdekat.

"Itu antara sebab kenapa kita tegaskan jangan kenakan caj tambahan.

"Itu adalah pendirian kerajaan dan itu yang menteri telah minta.

"Jika perlu saya akan arahkan, jadi kalau boleh saya minta kerjasama daripada rakan-rakan syarikat telekomunikasi (telco) penyedia perkhidmatan komunikasi dan kita tunggu sedikit masa untuk mereka selaraskan beberapa perkara, tetapi saya difahamkan ada beberapa telco yang akan membuat beberapa pengumuman tapi saya serahkan kepada mereka untuk umumkan nanti," katanya selepas merasmikan Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) Celik Digital di sini hari ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM