KUALA LUMPUR, 17 April- Pengeluaran Khas KWSP akan mula dikreditkan kepada pemohon bermula esok dan bukannya pada 20 April seperti yang diumumkan sebelum ini.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi Facebooknya.
Datuk Seri Zafrul berharap pengeluaran berkenaan akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia.
"Saya menerima pelbagai mesej dan komen daripada rakyat yang mahukan pengeluaran tersebut dipercepatkan. Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022," kata Zafrul dalam satu video di laman Facebooknya.
(Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan perkara itu di Facebooknya)
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri membenarkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 maksimum bagi membantu kelangsungan hidup rakyat yang berdepan pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19.
Pencarum yang membuat permohonan tersebut disaran berbelanja dengan hemah selain mengatur pelbagai langkah menambah kewangan sedia ada dengan baik.
Hal ini dapat membantu mengelakkan masalah kewangan pada masa hadapan.