fb fb fb fb fb

Proton e.MAS 5 bakal dipertonton pada Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 - PM

Foto RTM

TANJUNG MALIM, 4 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 5 dapat dikeluarkan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober depan>

Ia supaya, kenderaan itu boleh dipertontonkan kepada lebih 20 ketua negara yang akan hadir pada sidang kemuncak tersebut.

Pengeluarannya sejajar dengan pembangunan kilang EV Proton merangkumi dasar utama negara termasuk transisi tenaga, pelan induk perindustrian serta Dasar Automotif Nasional yang memfokuskan kepada penguasaan teknologi tinggi.

"Peluncuran kilang EV ini memenuhi beberapa dasar iaitu pertama, dasar iklim negara yang dikatakan transisi tenaga. Kedua, kalau ikut dasar industri Malaysia, peningkatan dari peringkat awal kepada penghasilan kerana keupayaan teknologi tinggi dan menguasainya.

"Jadi ia juga memenuhi apa yang dikatakan Industrial Roadmap Master Plan kita, kemudian tentunya Dasar Automotif Nasional (NAP)", katanya ketika merasmikan kemudahan baharu Proton Holdings Bhd (PROTON) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga kerja Proton kerana menunjukkan komitmen tinggi dalam merealisasikan model EV pertama negara.

Trainee