(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 28 September- Pengawalan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2024.
Itu ramalan penganalisis ekonomi, Profesor Emeritus Dr.Barjoyai Bardai berhubung Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan pada 13 Oktober tahun ini.
Cabaran global meliputi perang dagang Amerika Syarikat dan China serta negara-negara maju yang mengalami inflasi akan memberi impak kepada ekonomi negara.
Justeru, penganalisis meramalkan belanjawan kali ini bercirikan pengembangan yang akan membantu mengatasi situasi ekonomi semasa dan mencapai matlamat Ekonomi Madani.
"Satu belanjawan yang menekankan perubahan besar ataupun penstrukturan semula ekonomi.
"Belanjawan tahun ini kita melihat bagaimana kerajaan mencadangkan penstrukturan semula ekonomi khususnya berkait dengan peningkatan dan kumpulan berpendapatan rendah serta sederhana," katanya kepada pemberita di sini.
Tambahnya, industri keselamatan makanan juga akan diberi fokus bagi mengeluarkan hasil makanan yang cukup kepada rakyat tanpa bergantung kepada import.
(Foto BERNAMA)