IPOH, 15 Oktober - Seorang tukang kebun sekolah ditahan kerana disyaki terlibat dengan satu kes bunuh seorang pengawal keselamatan di Bandar Sri Botani, di sini.
Mangsa ditemukan maut di dalam pondok pengawal sekolah berkenaan awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisionar (ACP) Yahaya Hassan berkata polis menerima panggilan kira-kira pukul 3.34 pagi mengenai seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan tidak sedarkan diri bersandar di dinding pondok pengawal keselamatan sekolah itu.
"Lelaki itu disahkan meninggal dunia petugas ambulans dari hospital Raja Permaisuri Bainun.
Hasil bedah siasat terhadap mayat menunjukkan punca kematian tukang kebun itu adalah kecederaan di bahagian abdomen akibat objek tumpul," katanya dalam kenyataan.
Susulan itu beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang merupakan tukang kebun sekolah berkenaan dan merampas senjata yang disyaki digunakan suspek bagi membantu siasatan.
Kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, suspek dikatakan berang apabila tukang kebun itu enggan membantu suspek membuat persiapan satu program sekolah, lalu dia dipukul suspek.
(FOTO HIASAN)