fb fb fb fb fb

Rakyat gembira kadar STR dinaikkan

AYER KEROH, 15 Oktober - Kenaikan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mencetuskan kegemberiaan dan menerima pelbagai reaksi positif daripada rakyat.

Mereka menyifatkan inisiatif tersebut tepat pada masanya ketika situasi kenaikan kos sara hidup.
 
"Alhamdulillah saya sebagai rakyat Malaysia bersyukurlah dengan kerajaan yang ada sekarang ini menaikkan STR sekurang-kurangnya dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat sekarang ini kerajaan teruslah membantu rakyat dgn menaikkan sumbangan untuk rakyat," kata Nor Herman Mohammad.
 
"Jadi dengan adanya Sumbangan Tunai Rahmah ini kenaikan ini dapat membantu dan meringankan beban yang dihadapi rakyat Malaysia," kata Abdul Rahman Jais.
 
"Bagus lah sebab boleh menampung kos sara hidup sekarang ini, dan lagi dengan makan dan minum di luar pun mahal bolehlah dapat membantu sedikit sebanyak untuk menampung kos sara hidup sekarang," Mohd Nazrol Zainal Abidin.

(Mohd Nazrol Zainal Abidin)

"Saya rasa baguslah sebab kos sekarang semakin mahal, jadi dapatlah membantu kami sebagai pelajar ini," kata Siti Nur Fatin Nabihah Abdul Hakim.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 Jumaat lalu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kadar maksimum STR dinaikkan kepada RM3,700 berbanding RM3,100 sebelum ini.

Selain itu, kadar minimum STR bagi golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.
 
Sumbangan Tunai Rahmah memberi manfaat kepada kira-kira 9 juta penerima.
 

Media Baharu