IPOH, 15 Oktober - Dua maut disyaki terkena renjatan elektrik di sebuah gerai di Taman Bercham Raya, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisionar (ACP) Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 1.15 pagi.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 30 dan 14 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi gerai tersebut.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," kata Yahaya menerusi satu kenyataan.
Mereka dipercayai terkena renjatan elektrik semasa bekerja di gerai tersebut.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.
(Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisionar (ACP) Yahaya Hassan)