fb fb fb fb fb

Lee perlu fokus dan berpijak di bumi- Klinsmann

(FOTO AFP)

SEOUL, 15 Oktober -Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen klinsmann meminta agar pemain tengah, Lee Kang-In agar sentiasa berpijak di bumi nyata selepas muncul sebagai bintang harapan baharu negara berkenaan.

Jumaat lalu, Lee diberi sambutan hangat oleh para peminat Korea Selatan selepas menjaringkan dua gol pada perlawanan persahabatan menentang Tunisia di sini, sebulan selepas dia turut membantu Korea Selatan memenangi pingat emas kali ketiga di Sukan Asia Hangzhou.

"Sangat menyeronokkan bekerja dengannya (Kang-in) kerana dia berada dalam keadaan baik.Sentiasa tersenyum. Dia (kang-in) juga seorang yang 'lapar' jaringan", kata Klinsmann.

"Ini yang sangat-sangat diperlukan. Tidak mudah untuknya (Kang-in) kerana dia dilayan seperti bintang pop. Ini tidak bagus buatnya.

"Bintang pop tidak menjaringkan gol. Dia perlu sentiasa berpijak di bumi, tetap fokus dan bekerja keras", kata Klinsmann lagi.

Lee sebelum ini dilabelkan sebagai prospek paling menyinar sejak menyertai Akademi bola sepak Valencia sebelum berpindah ke Real Mallorca pada 2021.

Pada Kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 lalu, Lee tampil sebagai pemain gantian sebanyak tiga kali sebelum disambar Paris Saint Germain (PSG) dengan nilai perpindahan sebanyak 22 juta Euro.-REUTERS



(FOTO AFP)

Media Baharu