fb fb fb fb fb

Kereta terbakar langgar pembahagi tol, pemandu maut

(Mayat pemandu kereta Toyota SE ditemui selepas kebakaran berjaya dipadamkan/ Foto: JBPM Perak)

SITIAWAN, 15 Oktober- Seorang pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar pembahagi tol dalam kejadian di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) lewat malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 11.25 malam.

Setibanya jentera di lokasi kejadian, sebuah kereta Toyota SE didapati sedang terbakar.

“Seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.


(Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad)

Beliau berkata mangsa yang rentung dan tidak dikenali telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Media Baharu