fb fb fb fb fb

Pengarah syarikat didakwa seleweng minyak diesel bersubsidi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan melakukan penyelewengan diesel bersubsidi.

Ia selepas satu serbuan dilakukan ke atas sebuah premis di Kuala Selangor pada 28 Julai lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tertuduh melakukan kesalahan di bawah Peraturan 18 Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali.

(Kenyataan media KPDNHEP berhubung seorang pengarah didakwa menyeleweng minyak diesel bersubsidi)

Mahkamah telah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Hakim menetapkan tarikh 12 September depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Media Baharu