fb fb fb fb fb

'Read and Well Reuse' inisiatif kitar semula, bantu golongan memerlukan

SEREMBAN, 5 Ogos- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) berkolaborasi dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menerusi program 'Read and Well Reuse' dalam usaha mencapai objektif dasar kebersihan negara.

Program itu berperanan mendidik serta memperkasa komuniti di negeri itu dalam membudayakan kebersihan dan kitar semula dengan mengumpul bahan bacaan terpakai untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Pengarah PPANS, Jamilah @ Chumila Katis, lima lokasi dijadikan pusat pengumpulan bahan bacaan terpakai antaranya, PPANS Seremban Dua, Perpustakaan Port Dickson dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

"Sebenarnya ramai yang memohon pada saya buku-buku ini, pihak sekolah, tadika, orang perseorangan dan juga agensi, jadi memang saya perlukan buku-buku ini untuk saya panjangkan balik dan saya bagi balik, sebab menerusi pengalaman saya, mengumpulkan buku-buku yang disumbangkan sangat bagus," katanya pada Program Perasmian Pesta Buku Negeri Sembilan 2022 yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

(Jamilah @ Chumila Katis, Pengarah PPANS)

Sementara itu Pengarah Bahagian Kajian dan Teknologi SWCorp negeri, Ir. Dr. Azhar Abdul Hamid berkata, kutipan buku terpakai akan dilaksana dari rumah ke rumah.

"Kaedahnya kita melaksanakan kutipan buku ini dari rumah ke rumah dan setakat hari ini, kita ada operasi iaitu operasi mengumpulkan buku-buku ini melalui penjadualan seminggu sekali dan jadual kutipan buku ini pihak penduduk juga telah maklum dengan perkara ini," katanya pada majlis sama.

Media Baharu