fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta Daerah di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan dan diarah supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan, susulan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa lokasi di negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ia dijangka berlaku selama dua hari sehingga Ahad.

(Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan MET Malaysia)

Lokasi yang terlibat di negeri Sarawak ialah Matu, Dalat dan Mukah dalam daerah Mukah; Tatau dan Bintulu dalam daerah Bintulu; Subis, Miri dan Marudi dalan daerah Miri serta daerah Limbang.

Bagi negeri Sabah pula, kawasan pedalaman seperti Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort selain kawasan pantai barat dan Kudat antara lokasi yang dijangka mengalami hujan berterusan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Media Baharu