fb fb fb fb fb

Wakil persatuan p-hailing, e-hailing akan bertemu Menteri Pengangkutan, Sumber Manusia Isnin ini

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Wakil persatuan e-hailing dan p-hailing akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan dan Menteri Sumber Manusia Isnin ini bagi membincangkan isu yang dihadapi mereka.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Khaizulnizam Mohamad Zuldin berkata, perjumpaan dua wakil persatuan itu dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akan diadakan di Putrajaya.

"Pihak Pejabat Perdana Menteri telah mendapatkan persetujuan daripada Menteri Pengangkutan untuk berjumpa dengan wakil-wakil p-hailing dan e-hailing supaya kita dapat selesaikan dan memberi kelegaan supaya ada situasi menang-menang.

Langkah awal adalah hari Isnin ini kita akan berjumpa dengan Menteri Pengangkutan," katanya dalam sidang media di sini.

(Khaizulnizam Mohamad Zuldin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri)

Menurut Khaizulnizam, pertemuan beliau bersama wakil kedua-dua persatuan adalah susulan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai isu yang dihadapi persatuan itu.

Antara yang dibangkitkan adalah caj penghantaran yang dipotong oleh syarikat penyedia perkhidmatan serta lambakan penghantar makanan p-hailing dan pemandu e-hailing ketika ini.

Media Baharu