fb fb fb fb fb

Penganjuran rumah terbuka erat hubungan pemimpin, rakyat -Zahid

(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

PUTRAJAYA, 1 Mei- Penganjuran rumah terbuka dilihat mampu mengeratkan lagi perpaduan antara pemimpin dan rakyat berbilang bangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjuran itu boleh merapatkan jurang perbezaan di antara kaum di negara ini.

"Kita boleh meraikan perbezaan dan boleh memberikan keutamaan untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

"Jangan terlalu banyak mempolitikkan kaedah yang akhirnya memberikan kesan yang sangat negatif kepada rakyat," katanya.

(Rumah terbuka Datuk Seri Zahid Hamidi di Putrajaya)

Beliau berkata demikian majlis sambutan aidilfitri di Sri Satria turut dihadiri Perdana Menteri yang turut menyantuni para tetamu pada malam Ahad.

Media Baharu