(Foto BERNAMA)
SUBANG JAYA, 1 Mei- Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar mahukan majikan di seluruh negara menghormati hak pekerja dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.
Katanya, masih terdapat majikan yang enggan mengiktiraf kesatuan sekerja di tempat mereka.
Ia secara langsung merumitkan usaha pekerja memperjuang hak mereka.
"Perkara tersebut perlu diberi perhatian oleh kerajaan.
"Ini termasuk beberapa isu lain seperti pencen pekerja swasta, jaminan pekerjaan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta perlindungan pekerja asing.
"Kerajaan akan bekerjasama dengan majikan bagi memastikan golongan pekerja berpendidikan rendah mendapat peluang meningkatkan kemahiran dan taraf pendidikan melalui pelbagai latihan dan kursus dari masa ke masa," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)