fb fb fb fb fb

Penganjuran Festival Seni Insan Istimewa, hargai bakat pengkarya OKU

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Festival Seni Insan Istimewa yang akan berlangsung pada hujung bulan ini bertujuan menghargai bakat seni para pengkarya dalam kalangan orang kurang upaya (OKU).

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata festival itu akan menyajikan persembahan selain pertandingan dan ruang pameran hasil karya seni golongan tersebut.

"Pengisian festival ini akan dipenuhi dengan aktiviti-aktivi menarik yang disediakan kepada mereka umpanya pertandingan idola istimewa, pertandingan kugiran, pertandingan memasak, melukis dan sukan ringan dan macam-macam lagi.

Ada gerai penjualan produk dari golongan komuniti OKU dan juga dan semua kategorilah dijemput untuk mengambil bahagian," kata Freddie ketika ditemui pemberita RTM.


(Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez)

Turut diadakan, Konsert Istimewa melibatkan artis antaranya Caliph Buskers, Bad Indigo, Zaiton Sameon dan Azmir Arif.

Penganjuran festival itu tercetus apabila beberapa ahli Biro OKU Karyawan menyarankan untuk mengadakan acara seni khusus untuk mereka.

Festival Seni Insan Istimewa akan diadakan di pusat beli-belah KL Gateway di ibu negara pada 30 Oktober ini bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

 

Media Baharu