fb fb fb fb fb

Pengambilan dos penggalak meningkat, belum memuaskan

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 di Malaysia meningkat sedikit, tetapi jumlahnya masih belum memuaskan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata untuk dos penggalak pertama, kadar pengambilan terkini mencecah lebih 50 peratus berbanding 49.9 peratus sebelum ini.

Manakala dos penggalak kedua pula, bertambah daripada 1.9 peratus kepada 2.2 peratus.

"Sebagai langkah berterusan untuk mengalakkan lebih ramai penduduk Malaysia mengambil dos penggalak, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil beberapa langkah antaranya boleh membuat tempahan janji temu melalui aplikasi Mysejahtera dan mereka boleh bebas memilih tarikh ataupun masa untuk disuntik jenis vaksin dikehendaki.

"Kita menawarkan perkhidmatan dos penggalak secara walk-in atau jumpa terus kepada golongan berisiko tinggi," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

(Dr Zaliha Mustafa)

Mengenai jangkitan COVID-19 pula, Dr Zaliha berkata situasinya stabil dalam tempoh sebulan pertama tahun ini.

Trend kes harian yang dilapor pula mencatat penurunan.

Media Baharu