fb fb fb fb fb

Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 bakal dimansuh

Pelabuhan Bintulu

KUCHING, 28 Mac- Kerajaan akan memansuhkan Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 pada tahun ini susulan pengambilalihan Pelabuhan Bintulu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata pemansuhan itu akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada persidangan penggal kedua Julai nanti.

"Dengan peralihan kuasa ke atas pelabuhan itu, akta terbabit yang digubal khas bagi pelabuhan Bintulu pada 1981 tidak lagi terpakai.

"Pelabuhan Bintulu, Pelabuhan Labuan juga bawah pentadbiran sama (Persekutuan), sebab itulah jawatankuasa teknikal akan memperhalusi kalau Sarawak sudah, tidak perlu lagi Persekutuan,"katanya.

Datuk Hasbi bercakap kepada media selepas Majlis Penutupan Program Kembara Sarawak Bertadarus Lembaga Pelabuhan Bintulu di Masjid Al-Ghazali, Kuching petang tadi.

Malah pengambilalihannya yang akan berkuatkuasa tahun depan tidak dibuat terburu-buru bagi memastikan kebajikan kakitangannya dapat diselesaikan.

Penyerahan pelabuhan itu membabitkan perubahan pentadbiran daripada Kerajaan Persekutuan dan peralihan itu tidak akan menjejaskan operasinya.

Dalam majlis tersebut seramai 30 golongan asnaf menerima sumbangan Hari Raya daripada pelabuhan terbabit yang merupakan salah satu program tanggungjawab korporat sosialnya, CSR.

Beliau sebelum itu turut menyertai sekitar 60 jemaah mengejakan solat fardhu Maghrib.

2803 HASBI BINTULU PORT
Datuk Hasbi Habibollah ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Program Kembara Sarawak
Bertadarus Lembaga Pelabuhan Bintulu di Masjid Al-Ghazali, di Kuching

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE