fb fb fb fb fb

Pengamal undang-undang digalak berperanan kukuhkan keberkesanan sistem perudangan negara

Datuk Seri Fadillah berucap pada majlis makan malam 'Inns of Court Malaysia' (ICM)

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Pengamal undang-undang digalak untuk sentiasa berperanan dalam mengukuhkan keberkesanan sistem perundangan negara seiring dengan peredaran masa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ini termasuk mengukuhkan perpaduan dalam profesion guaman sekali gus menegakkan kedaulatan undang-undang agar keadilan dirasai semua peringkat.

Datuk Seri Fadillah dalam ucapannya turut menyifatkan, sistem perundangan negara juga dilihat berfungi sebagai tulang belakang yang sentiasa adil dan saksama.

"Sebagai bekas peguam bela dan peguam cara, saya percaya peguam memegang peranan penting dalam masyarakat kerana kita bukan sekadar pengamal undang-undang tetapi menjaga keadilan yang diamanahkan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang untuk kebaikan semua rakyat Malaysia,"katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis makan malam 'Inns of Court Malaysia' (ICM) bersama pengamal undang-undang di ibu negara.

Turut hadir Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Timbalan Presiden ICM Datuk Mary Lim Thiam Suan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE