fb fb fb fb fb

Pemerkasaan sektor rel buka peluang pekerjaan kepada golongan belia- Anthony Loke

Anthony Loke berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri SMH Rail di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 4 Mei- Komitmen kerajaan dalam memperkasa sektor rel negara bukan sahaja bertujuan untuk mempelbagaikan fungsinya.

Usaha itu juga bagi membuka peluang pekerjaan buat golongan belia khususnya berkaitan bidang kejuruteraan dalam sektor perindustrian dan lokomotif.

Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, penambahan landasan ECRL misalnya, memerlukan tenaga kerja mahir untuk dilaksana.

"Apabila kita memperbanyakkan perkhidmatan ini sudah tentu memerlukan banyak kepakaran termasuklah kejuruteraan dalam sektor rel ini. Jadi ini memang merupakan satu peluang pekerjaan yang baik untuk anak-anak muda.

"Sudah tentu mereka memerlukan pakar-pakar tempatan terutamanya dalam bidang kejuruteraan jurutera-jurutera muda ini. Jadi saya rasa ini memang satu potensi yang cukup besar,"katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri SMH Rail di Hulu Selangor.

Program dihadiri lebih 1,000 warga kerja syarikat SMH Rail.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE