fb fb fb fb fb

Pengajaran berpasukan dalam satu kelas dilaksana secara berperingkat

Konsep pengajaran diperkenal menerusi pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 melibatkan satu mata pelajaran baharu sahaja / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 11 Disember - Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa mengambil pandangan  pelbagai pihak mengenai kecukupan tenaga guru di sekolah.

Justeru, kaedah pengajaran berpasukan atau 'co-teaching' bersama dua guru dalam satu kelas akan dilaksana secara berperingkat mengikut tahap kesediaan sekolah serta mengambil kira tenaga pengajar sedia ada.

Timbalan Menteri, Wong Kah Woh menjelaskan konsep pengajaran seperti itu, bakal diperkenal menerusi pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027,  hanya melibatkan satu mata pelajaran baharu sahaja iaitu Alam dan Manusia : Pembelajaran Bersepadu pada Tahap Satu (Tahun 1 dan 2).

"Sekiranya salah seorang guru cuti sakit dan sebagainya, dan terdapat kekangan dari segi mengisi dengan guru sandaran  atau sementara, maka seorang guru melaksanakan pembelajaran dan pegajaran bilik darjah tersebut,"katanya di Dewan Negara menjawab soalan tambahan Senator Datuk Anna Bell.  

FAUZIAH ABD RAHMAN