(Antara peluru yang ditemui pihak berkuasa di Tanjung Sedili, Ahad lalu/
FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)
KOTA TINGGI, 31 Mei- Penemuan 100 butir peluru lama yang masih aktif di dalam kapal pengangkut dari China ketika ditahan Zon Maritim Tanjung Sedili pada Ahad, membongkar kegiatan pencurian bangkai kapal perang British di sini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Nurul Hizam Zakaria berkata, penemuan terbaru itu susulan penemuan meriam lama di dalam kapal pengangkut tersebut.
Kesemua peluru pelbagai saiz itu disyaki peninggalan daripada zaman perang dunia kedua dan dibawa Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dimusnahkan.
Operasi berkenaan melibatkan PDRM, Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Jabatan Warisan Negara (JWN).
Pada Ahad, kapal dikendalikan 32 kru termasuk nakhoda itu ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran dan menemui peluru meriam yang berkait dengan penemuan Unexploded Ordinance di Tanjung Belungkor, di sini pada 19 Mei lalu.
(Kapal pengangkut dari China yang bersauh tanpa kebenaran pada Ahad/
FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia)