fb fb fb fb fb

Penempatan GIP akan diselesaikan sebelum pertengahan 2022

LANGKAWI, 23 Mac - Graduan Ikhtisas Pendidikan (GIP) yang lulus temu duga akan ditempatkan di sekolah terpilih seluruh negara.

Ia dalam usaha mengurangkan isu pengangguran dalam kalangan mereka.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, seramai 18,702 graduan yang masih berada dalam senarai menunggu, akan diselesaikan penempatan mereka di sekolah sebelum pertengahan tahun ini.

Daripada jumlah itu, hampir 14,000 guru berjaya diserap manakala bakinya akan mula ditempatkan bermula April depan.

(Radzi bercakap mengenai perkara itu dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan Digital
kepada pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang)

"Hampir 14,000 daripada 18,702 dah selesai. 14,000 dan yang kumpulan berikutnya akan ditempatkan pada awal April, 4,000 yang terbaharu ini daripada 14,000 ini akan ditempatkan pada awal April. Keputusan penempatan sudah keluar," kata Radzi di sini.

Beliau bercakap kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan Digital kepada pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang di sini.

Media Baharu