fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Johor terus berkurang

Kediaman penduduk terjejas banjir di Johor dibersihkan

JOHOR, 14 Januari- Angka penduduk terjejas banjir di Johor semakin berkurang kepada 1,124 orang setakat pukul 11.00 pagi tadi.

Ia melibatkan 13 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan lima daerah di negeri itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, Mersing kekal paling ramai penduduk terjejas meskipun menunjukkan pengurangankepada 606 orang di empat PPS daerah itu.

Di Kota Tinggi juga menunjukkan berlaku pengurangan penduduk terjejas banjir iaitu 254 orang yang masih berlindung di empat PPS.

Sementara itu di Kluang kira-kira 153 penduduk terjejas banjir di dua PPS.

Di Segamat seramai 88 penduduk terjejas berada di dua PPS dan Batu Phat mula merekodkan 23 penduduk terjejas banjir di sebuah PPS.

Penduduk terjejas banjir di ketiga-tiga daerah itu masih kekal.

Bagaimanapun tiga jalan masih ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Tanah Abang di Mersing, Lingkaran Kahang Barat (Felda Kahang Barat) dan selepas Felda Kahang Barat, Kluang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI