fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Rompin kekal 314 orang

ROMPIN, 28 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di Rompin, masih lagi kekal seramai 314 orang penduduk daripada 96 buah keluarga setakat pukul 4 petang tadi.

Sebelum ini, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Balairaya Bukit Lepas ditutup sepenuhnya pada pukul 10 pagi tadi yang menempatkan 40 orang penduduk terjejas.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua penduduk terjejas kini ditempatkan di tiga buah PPS.


(Foto fail)

Penduduk penduduk paling ramai ditempatkan di PPS Kampung Setajam iaitu seramai 165 orang melibatkan 53 buah keluarga terjejas.

Ia diikuti Balairaya Rekoh yang menempatkan 122 penduduk daripada 35 keluarga dan PPS Balairaya Kampung Denai yang menempatkan 27 penduduk daripada lapan buah keluarga.

Media Baharu