fb fb fb fb fb

Konsep madani membentuk pemikiran sempurna

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Konsep madani merupakan satu kesinambungan dan rangkuman daripada kepimpinan terdahulu yang telah dirangka dengan lebih baik demi kepentingan negara.

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata konsep madani berupaya membina kekuatan dari pelbagai aspek dengan satu falsafah pemikiran dan ideologi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Kita tidak boleh melihat madani sebagai satu kelainan kita harus kepimpinan tertentu untuk membangunkan negara dengan baik. Madani telah mengambil apa yang ada daripada Islam Hadhari, Keluarga Malaysia, Dasar Pandang ke Timur dan ia menghalusi elemen falsah kerangka pemikiran dalam konteks rakyat Malaysia," kata Noor Nirwandy selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri di sini.

Tambah beliau, konsep madani diketengahkan tepat pada waktunya untuk membentuk satu pemikiran sempurna yang dapat memperkukuh elemen perpaduan dalam kalangan rakyat.

(Dr Noor Nirwandy berkata Konsep madani membentuk pemikiran sempurna)

Media Baharu