fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Segamat terima BWI

Segamat, 5 Januari- Sejumlah RM74,000 bantuan wang ihsan (BWI) telah diserahkan kepada penduduk terjejas banjir di daerah Segamat setakat hari ini.

Menurut Pegawai Daerah Segamat, Nasri Md Ali, sumbangan itu melibatkan 74 ketua isi rumah yang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Secara keseluruhan, pejabat daerah segamat menerima peruntukan 200 ribu ringgit bagi fasa pertama agihan Bantuan wang ihsan kepada penduduk terjejas banjir.

"Baki sebanyak RM125,000 nanti akan disalurkan secepat mungkin pada hari ini,

"Setiap hari kami akan meneliti semula jumlah penduduk yang berada di Pusat Pemindah Sementara (PPS), dan ada PPS yang sudah ditutup,"

"Keutamaan akan kita berikan kepada mereka yang ingin pulang ke rumah masing-masing," jelasnya kepada pemberita di Senggamat.

Selain bantuan tersebut, penduduk terjejas juga turut menerima bantuan wang ihsan Johor bernilai RM500.

Ini menjadikan bantuan keseluruhan yang disalurkan untuk setiap ketua isi rumah bernilai RM1,500.

Media Baharu