fb fb fb fb fb

Penduduk Mersing bersiap sedia hadapi air pasang besar


ENDAU, 5 Januari- Penduduk di Mersing, Johor bersiap sedia berdepan air pasang yang dijangka berlaku tengah malam ini.

ADUN Endau, Alwiyah Talib berkata, semua agensi juga sudah bersedia.

"Semua jawatankuasa agensi keselamatan seperti PDRM, RELA dan jawatankuasa keselamatan daerah telah pun bersiap sedia,

"Mereka sudah pun dimaklumkan dan segala persiapan telah dirancang secepat mungkin," jelasnya kepada pemberita.

Salamiah Sheikh Hassan, yang merupakan penduduk di kawasan itu memaklumkan, beliau sekeluarga telah pun bersedia menghadapi bencana banjir kali ini.

"Saya sudah tiga hari berada di PPS, dan kembali ke rumah untuk membuat pemeriksaan kali terakhir sebelum meninggalkan rumah,

"Sebenarnya untuk tinggalkan rumah kerana air pasang besar jadi kamu pun bersedia," jelasnya.

Sementara itu penduduk yang ditemui turut memberitahu, dokumen peribadi menjadi antara barangan utama yang perlu diberi perhatian untuk disimpan di kawasan selamat.

"Dokumen semua sudah selesai diasingkan dan diletak di tempat tinggi, kami juga sedia untuk berpindah jika paras air tinggi," Muhammad Shafizzul Abdullah.

Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan, Johor antara negeri berisiko berdepan fenomena air pasang besar bermula 2 Januari.

Bagaiamanapun, fenomena tersebut dijangka berakhir hari ini.

Media Baharu