SINTOK, 5 Januari- Isu kenaikan harga makanan ternakan atau dedak untuk ayam dan lembu mendatangkan bebanan besar kepada golongan penternak terutama komuniti kampung yang terlibat dalam industri penternakan.
Ini mendorong penyelidikan kepada alternatif baharu dengan melakukan kajian kepada Azolla yang mampu membantu meringankan beban kos makanan ternakan.
Kajian dilakukan Ketua Pusat Kajian Food Security, Innovation and Development (FInDER, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Prof. Madya Dr. Risyawati Mohamed.
"Azolla merupakan tumbuhan hijau yang tumbuh secara
bersimbiosis dengan sejenis cyanobacterium iaitu alga biru-hijau iaitu anabaena,"
"Ia didapati tumbuh dengan banyak di dalam kolam air dan juga sawah padi di pelbagai negara di Asia," jelasnya kepada pemberita.
Terdapat spesis Azolla yang setiap satunya mempunyai potensi besar untuk dikomersilkan dalam bidang makanan dan komestik.
Negara-negara luar seperti India, Indonesia dan Filipina pula banyak menggunakan Azolla sebagai makanan ternakan.
"Kandungan protein yang tinggi iaitu 20 hingga 30 peratus dan kandungan asid amino seperti lisin, menjadikan Azolla sebagai sumber makanan yang amat sesuai untuk ternakan dan inisiatif yang lebih agresif perlu diambil bagi meneroka potensinya,"
"Azolla sejenis “fern” yang mudah hidup dalam ekosistem yang sesuai namun Azolla juga mudah mati apabila kondisi di dalam medium pembiakan tidak sesuai."
Jelasnya lagi, faktor-faktor suhu, PH, nutrient dan jumlah pendedahan kepada cahaya matahari perlu diambil kira bagi memastikan hidup subur dan membiak.