KUALA KEDAH, 5 Januari- Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) zon maritim Kuala Kedah berjaya menggagalkan penyeludupan daun ketum ke negara jiran, pagi semalam.
Penahan dibuat melalui jalan laut pada kedudukan 2.0 batu nautika timur muara Kuala Kedah.
Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, daun ketum seberat 5 tan yang dirampas ditemukan di dua lokasi berasingan dalam jumlah 500 bungkusan plastik hitam.
Jelasnya, penahanan itu merupakan rampasan terbesar setakat ini dengan nilai dianggarkan berjumlah RM900,000.
"Dengan nilai rampas sebanyak itu jelas menunjukkan ada permintaan tertinggi,
"Kami juga tidak dapat memastikan apa yang dibuat dengan daun berkenaan, mungkin bagi tujuan ubat-ubatan," jelasnya dalam sidang media di Kuala Kedah.
Jelasnya lagi, pasaran daun ketum di Thailand mencecah RM180 sekilogram berbanding RM 40 untuk pasaran tempatan.
Kejayaan rampasan hasil risikan itu turut menahan dua warga tempatan yang berada di atas bot terbabit.
"Kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai diupah untuk penghantaran dengan bayaran antara RM700 satu perjalanan,"
"Keseluruhan rampasan termasuk bot fiber serta dua enjin bot 200 kuasa kuda bernilai 1.08 juta ringgit," ujarnya lagi.
Kes disiasat di bawah Sekyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual memproses dan lain-lain berkaitan bahan tersebut.