ALOR GAJAH, 5 Januari- Sebanyak RM67 juta kerosakan agromakanan dicatatkan akibat bencana banjir melibatakan 5,500 pengusaha subsektor agro makanan seluruh negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, angka itu dijangka akan bertambah seiring dengan situasi semasa banjir di beberapa kawasan terlibat.
Jelasnya, pihaknya kini sedang menilai dengan lebih lanjut jumlah kerugian sebenar yang di alami golongan sasar yang terkesan.
"Dalam usaha membantu meringankan beban pengusaha agromakanan, petani dan nelayan yang terjejas kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta ringgit menerusi Dana Bangkit Semula Keluarga Agro,"
"Ini meliputi sebanyak 50 juta tabung daripada Program Pembangunan Semula Agromakanan yang diharapkan mampu membantu petani, penternak dan nelayan memulakan kembali perusahaan," jelas Datuk Seri Hamzah di Kampung Gadek, Alor Gajah.
Di Melaka, sebanyak RM2.8 juta kerugian dianggarkan kementerian berkenaan melibatkan 275 petani, penternak dan peladang.