fb fb fb fb fb

Perkembangan banjir di Pahang & Johor


KUALA LUMPUR, 5 Januari- Penduduk terjejas banjir di Pahang terus mencatat penurunan.

Setakat jam 7 petang tadi, seramai 1, 166 penduduk terjejas daripada 379 keluarga di negeri itu.

Menurut portal info Bencana Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka masih ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sebanyak 5 daerah masih terjejas akibat banjir di negeri itu melibatkan daerah Rompin, Jerantut, Bera, Temerloh dan Pekan.

Sementara itu di Johor, 13 PPS sudah ditutup hari ini.

Sembilan di Segamat, dua di Kota Tinggi serta masing masing satu di Batu Pahat dan Muar.

Menerusi kenyataan Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan, banjir di Daerah Kota Tinggi pula pulih, selepas 131 penduduk daripada 38 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia dan Sekolah Kebangsaan Mawai dibenarkan pulang 12.30 tengah hari tadi.

Media Baharu