fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Sarawak meningkat kepada 402 orang

Mereka ditempatkan di empat PPS di selatan negeri.

KUCHING, 17 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Sarawak mencatatkan 402 orang daripada 106 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 191 orang daripada 54 keluarga petang semalam.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di selatan negeri.

“Tiga PPS di kawasan Kuching melibatkan Dewan Kampung Sinar Budi Baru, Dewan Masyarakat Stapok dan yang terbaharu, Dewan Serbaguna Taman Malihah telah diaktifkan lewat petang semalam.

“Satu PPS di kawasan Bau iaitu Dewan Kampung Segong menempatkan sembilan orang,” menurut laporan itu.

PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 182 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (151) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60).

Menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI