fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Sabah meningkat

SABAH, 2 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah meningkat kepada 717 orang dan 7 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka .

Sehingga pukul 10 pagi ini; 8 Daerah dilanda banjir adalah Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu, Ranau dan Sandakan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, Kota Marudu kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 504 orang daripada 167 keluarga.

Pertambahan penduduk terjejas banjir membabitkan 62 penduduk di Paitan dan Beluran.

"Jumlah penduduk terjejas banjir yang dicatatkan setakat ini seramai 536 terdiri daripada 182 ketua isi keluarga. Penduduk terjejas banjir di Kota Marudu masih ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek." Katannya disini.

Pertambahan penduduk terjejas banjir di Sabah berikutan 15 kampung di Paitan dinaiki air dan sebuah lagi kampung di Beluran.

 

Media Baharu