fb fb fb fb fb

Luruan Monsun diramal berterusan sehingga 4 Januari ini

KUALA LUMPUR, 2 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa Luruan Monsun dijangka berterusan sehingga 4 Januari ini.

Menurutnya, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi kategori pertama dan kedua telah dikeluarkan bagi perairan pantai timur Semenanjung termasuk Timur Johor, Sarawak dan Sabah sehingga Selasa depan.

Amaran hujan lebat berterusan (peringkat buruk dan waspada) telah dikemaskini bagi Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga esok.

Manakala di Kelantan, Terengganu, barat Pahang dan utara Sabah sehingga 4 Januari.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, bacaan tersebut dibuat berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi Malaysia ; Pusat Eropah untuk Ramalan Cuaca Julat Sederhana dan Sistem Ramalan Global.

Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada laman web www.met.gov.my dan semua platform media untuk semakan lokasi yang berkaitan.

 

Media Baharu