fb fb fb fb fb

'Hijau Durian Asnaf Daerah Sik'


SIK, 2 Januari - 1,500 benih pokok durian jenis “duri hitam” diagihkan kepada penduduk di kawasan luar bandar dibawah program 'Hijau Durian Asnaf Daerah Sik'.

Ini sebagai usaha ke arah meningkatkan pendapatan penduduk setempat serta menambah kehijauan Daerah Sik yang dilihat sangat baik untuk kelestarian alam sekitar.

Program anjuran Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) itu melibatkan seramai 408 penduduk dan 95 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) daerah Sik serta tambahan wakil kampung yang terpilih.

Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, cetusan idea untuk mengadakan program berkenaan ekoran hasratnya untuk membantu golongan asnaf di daerah itu dengan memberi galakan untuk mereka mempergiatkan usaha dalam bidang pertanian.

Khususnya dengan penanam durian yang dimulakan secara kecil-kecilan di kawasan tanah kediaman mereka.

"Jika penanaman ini berhasil, ia akan dapat menambah pendapatan mereka tatkala permintaan buah durian dalam pasaran sangat menggalakkan pada ketika ini dan dijangka permintaan akan lebih tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Sebahagian besar penerima benih durian ini adalah dikalangan ibu tunggal dan mereka yang dalam kategori B40." kata Ahmad Tarmizi selepas menyampaikan benih durian di 3 lokasi iaitu Seri Enggang Semaian, Sungai Pau; Semaian Sik Dalam dan Dewan Komuniti Masjid Qariah Charok Tok Uban di sini.

Program itu diharap dapat memperkenalkan daerah Sik sebagai tanaman hijau durian sekali gus mempertingkatkan pendapatan penduduk setempat.

 

Media Baharu