KUALA LUMPUR, 2 Januari - Lebih 22.85 juta individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, kira-kira 23.15 juta individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia yang 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,756 306 telah melengkapkan vaksinasi.
2,847 794 lagi menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.
Statistik harian juga menunjukkan 40,729 dos vaksin diberikan semalam.
Ia melibatkan 512 dos pertama, 754 dos lengkap dan 39,463 dos penggalak - BERNAMA